Advertisement

Biasiswa Yayasan Bank Rakyat | Pembiayaan Pendidikan Boleh Ubah (PPBU)


PPBU is offered to tertiary level education from Skills Certificate, Diploma, Bachelor’s Degree, Professional, Master’s Degree, and Doctorate and PHD to deserving Malaysians. Its aim is to aid the social and economic development of Malaysians by enabling bright but needy students to receive undergraduate education at local Public OR Private Higher Learning Institutions and Training Institutes in the country on a full-time basis.

Pembiayaan pendidikan

PPBU ditawarkan kepada peringkat pengajian tinggi daripada Sijil Kemahiran, Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Profesional, Ijazah Sarjana dan Kedoktoran (PH.D) kepada warganegara Malaysia yang layak. Matlamatnya adalah untuk membantu pembangunan sosial dan ekonomi rakyat Malaysia dengan memberi bantuan kewangan kepada pelajar yang cemerlang untuk melanjutkan pengajian di Institusi Pengajian Tinggi Awam ATAU Swasta dan Institut Latihan di negara ini secara sepenuh masa.

PPBU ditawarkan kepada pemohon yang telah mendapat kemasukan dan berada di tahun pertama pengajian di Institusi Pengajian Tinggi dan Institut Latihan yang diiktiraf oleh Kementerian Pengajian Tinggi, Jabatan Pendidikan Swasta dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (NVTC). PPBU menyediakan bantuan pendidikan kepada pelajar dalam spektrum yang luas berkenaan akademik dan praktikal yang diambil berdasarkan pendapat ahli Lembaga Pemegang Amanah YBR yang berorientasikan kepada keperluan pembangunan sosial dan ekonomi negara dan masyarakat.

1. Kelayakan Pemohon

  • Terbuka kepada rakyat Malaysia yang miskin dan kurang bernasib baik tanpa mengira kaum, agama & etnik.
  • Mengikuti PENGAJIAN SEPENUH MASA di Institusi Pengajian Tinggi Awam ATAU Swasta tempatan dan Institut Latihan yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.
  • Hanya bidang pengajian yang diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) / Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) / Majlis Latihan Vokasional Malaysia (NVTC) / Agensi Kerajaan (Malaysia) yang berkenaan dan diiktiraf oleh Lembaga Pemegang Amanah YBR.

2. Bidang Pengajian

Terbuka kepada semua bidang pengajian kecuali kursus Perubatan dan Penerbangan (Lesen).

* Keutamaan diberikan kepada bidang pengajian berikut:-

  1. Perakaunan
  2. Perbankan
  3. Pengurusan Perniagaan
  4. Sumber Manusia
  5. Ekonomi
  6. Komunikasi Media
  7. Undang-Undang
  8. Sains Aktuari

Ijazah Kedoktoran PHD, Ijazah Sarjana, Pengajian Profesional, Ijazah Sarjana Muda dan Diploma dalam semua bidang pengajian.

Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) yang diiktiraf oleh Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (NVTC) dan Sijil Kemahiran lain diiktiraf oleh Agensi Kerajaan Malaysia yang berkaitan.

Sijil Kemahiran

  • Warganegara Malaysia.
  • Mengikuti pengajian secara sepenuh masa sahaja.
  • Pemohon mesti mempunyai akaun simpanan dengan Bank Rakyat dengan baki akaun minimum RM100 sebelum memohon.
  • TIDAK kurang daripada 18 tahun semasa permohonan dan menerima tawaran pengajian.
  • TIDAK melebihi 30 tahun selepas tamat pengajian.
  • Pengesahan kemasukan daripada Universiti awam ATAU swasta ATAU Pusat Latihan.
  • Sekurang-kurangnya lulus SPM (dengan 2 Kredit dan subjek Bahasa Malaysia).
  • Tempoh pengajian Tahap 1 hingga Tahap 3 (Bergantung kepada institusi).
  • Jumlah Pembiayaan : Maksimum RM30,000 untuk 2 tahun [RM400/Bulanan+Yuran].

Diploma Kemahiran

  • Warganegara Malaysia.
  • Mengikuti pengajian secara sepenuh masa sahaja.
  • TIDAK kurang daripada 18 tahun semasa permohonan dan menerima tawaran pengajian.
  • TIDAK melebihi 30 tahun selepas tamat pengajian.
  • Pengesahan kemasukan daripada Universiti awam ATAU swasta ATAU Pusat Latihan.
  • Sekurang-kurangnya telah mencapai ATAU sedang memegang tahap 2 ATAU – Sijil Kemahiran lain memerlukan sekurang-kurangnya lulus dalam SPM mereka (dengan 2 Kredit dan subjek Bahasa Malaysia) ATAU pemohon mesti memperoleh Sijil Kemahiran dengan sekurang-kurangnya PNGK 2.75 dan ke atas.
  • Tempoh pengajian 3 tahun.
  • Jumlah Pembiayaan: Sehingga RM30,000 untuk 3 tahun [RM400/Bulanan+Yuran].

Diploma

  • Warganegara Malaysia.
  • Mengikuti pengajian secara sepenuh masa sahaja.
  • TIDAK kurang daripada 18 tahun semasa permohonan dan menerima tawaran pengajian.
  • TIDAK melebihi 30 tahun selepas tamat pengajian.
  • Pengesahan kemasukan daripada Universiti awam ATAU swasta ATAU Pusat Latihan.
  • Pemohon mesti mempunyai kelayakan SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) dengan gred minimum 5A.
  • Tempoh pengajian 3 tahun / 6 Semester.
  • TJumlah Pembiayaan: Maksimum RM7, 500 setahun (UiTM & Politeknik hanya RM5, 000) [Yuran+Elaun].

Ijazah Sarjana Muda

  • Warganegara Malaysia.
  • Mengikuti pengajian secara sepenuh masa sahaja.
  • TIDAK kurang daripada 18 tahun semasa permohonan dan menerima tawaran pengajian.
  • TIDAK melebihi 30 tahun selepas tamat pengajian.
  • Pengesahan kemasukan daripada Universiti awam ATAU swasta ATAU Pusat Latihan.
  • Pemohon mesti memiliki Diploma dengan sekurang-kurangnya PNGK 3.0 atau Matrikulasi dengan PNGK minimum 3.0 atau Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dengan PNGK minimum 3.0 atau Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dengan kelayakan Jayyid Jiddan atau Mumtaz iaitu setaraf dengan STPM.
  • Tempoh pengajian 4 tahun / 8 Semester.
  • Jumlah Pembiayaan : Maksimum RM9, 500 setahun (UiTM & Politeknik hanya RM6, 500) [Yuran+Elaun].

Ijazah Sarjana

  • Warganegara Malaysia.
  • Mengikuti pengajian secara sepenuh masa sahaja.
  • Pemohon mesti mempunyai akaun simpanan dengan Bank Rakyat dengan baki akaun minimum RM100 sebelum memohon.
  • TIDAK kurang daripada 18 tahun semasa permohonan dan menerima tawaran pengajian.
  • TIDAK melebihi 45 tahun selepas tamat pengajian.
  • Pengesahan kemasukan daripada Universiti awam ATAU swasta ATAU Pusat Latihan.
  • Pemohon mesti memiliki Ijazah Sarjana Muda dengan PNGK 3.00 dan ke atas.
  • Tempoh pengajian 2 Tahun / 4 Semester.
  • Jumlah Pembiayaan : Maksimum RM 12, 000 setahun [Yuran + Elaun].

Ijazah Kedoktoran (Phd)

  • Warganegara Malaysia.
  • Mengikuti pengajian secara sepenuh masa sahaja.
  • TIDAK kurang daripada 18 tahun semasa permohonan dan menerima tawaran pengajian.
  • TIDAK melebihi 50 tahun selepas tamat pengajian.
  • Pengesahan kemasukan daripada Universiti awam ATAU swasta ATAU Pusat Latihan.
  • Pemohon mesti memiliki kelayakan Ijazah Sarjana dengan PNGK 3.00 dan ke atas.
  • Tempoh pengajian 3 tahun / 6 Semester.
  • Jumlah Pembiayaan : Sehingga RM55,800 3 tahun [RM800/Bulanan+Yuran].

Berapakah peratus bayaran balik dan kadar insentif bagi PPBU?

Bagi peringkat Diploma, Diploma Kemahiran, Ijazah Sarjana Muda dan Sarjana (kerja kursus).

CGPAPERATUS BAYARAN BALIK (%)INSENTIF (%)
3.50-4.000100
3.33-3.491090
3.00-3.322080
2.75-2.995050
2.50-2.747030
<2.491000

CARA MOHON

All applications must be submitted through yayasan@bankrakyat.com.my

APPLY NOW!

INFO LANJUT KLIK SINI  | FOR FULL MALAYSIA SCHOLARSHIPS CLICK HERE

iNFO Penting Lain :-

Advertisement



(Visited 290,661 times, 90 visits today)

Leave a Comment