Advertisement

Biasiswa JPA | Program Dermasiswa B40 Tahun 2024

Program Dermasiswa B40 dilaksanakan sebagai inisiatif untuk meringankan bebanan pelajar yang tergolong dalam kalangan keluarga berpendapatan rendah agar dapat melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Fokus program ini tertumpu pada bidang TVET dan sijil profesional yang mempunyai prospek tinggi dalam industri.

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) akan membuka permohonan kepada pelajar lepasan SPM 2023 menerusi Program Dermasiswa B40 (DB40) mengikut kriteria-kriteria tertentu pada awal bulan Ogos 2024.

Penajaan di bawah program ini membantu pelajar-pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dalam kalangan keluarga berpendapatan rendah iaitu golongan B40 untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi, khususnya di peringkat Diploma dalam bidang berfokuskan Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di Universiti Awam (UA), Politeknik, Institut Kemahiran Awam (IKA) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) yang dikenal pasti mempunyai prospek kebolehpasaran yang tinggi dalam industri.

PERMOHONAN PROGRAM DERMASISWA B40 TAHUN 2024  

Sukacita Jabatan ini mempelawa pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2023 untuk memohon penajaan Program Dermasiswa B40 Tahun 2024. Permohonan adalah secara atas talian yang akan dibuka mulai 5 Ogos 2024 (jam 2.00 petang) sehingga 18 Ogos 2024 (jam 5.00 petang). Sebelum mengisi permohonan, calon perlu membaca dan memahami syarat permohonan seperti di bawah :

Iklan Dermasiswa B40

FAQ Dermasiswa B40

iNFO Penting Lain :-

Advertisement

(Visited 133,516 times, 3 visits today)

Leave a Comment