Biasiswa JPA – Program Khas Lepasan SPM Dalam Negara (LSPM)

TAWARAN PENAJAAN JABATAN PERKHIDMATAN AWAM (JPA) PROGRAM KHAS LEPASAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA DALAM NEGARATAHUN 2022
SEMAKAN KEPUTUSAN PERMOHONAN
PROGRAM KHAS JPA-LSPM TAHUN 2022 – KLIK SINI

=================
Permohonan adalah dipelawa kepada calon-calon yang menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2020 bagi kali pertama untuk mendapatkan penajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam bentuk Pinjaman Boleh Ubah (PBU) dibawah Program Khas Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)Dalam Negara.
Program Khas Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Dalam Negara Tahun 2022 merupakan penajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) kepada pelajar cemerlang lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang mendapat keputusan sekurang-kurangnya 9A+ untuk melanjutkan pelajaran di dalam negara.
Calon-calon akan ditawarkan penajaan untuk mengikuti pengajian peringkat Persediaan hingga ke Ijazah Pertama di Universiti Awam (UA), Government Linked Universities(GLU) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) dalam negara yang dikenalpasti, tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan.
PERMOHONAN PROGRAM KHAS LEPASAN SPM DALAM NEGARA (LSPM) TAHUN 2022
Sukacita Jabatan ini mempelawa pelajar cemerlang lepasan Sijil Pelajaran Malaysia tahun 2021 untuk memohon penajaan Program Khas Lepasan SPM Dalam Negara (LSPM) Tahun 2022. Permohonan adalah secara atas talian yang akan dibuka bermula 20 Jun 2022 (jam 5.00 petang) sehingga 26 Jun 2022 (jam 5.00 petang).
Senarai Calon LSPM Tahun 2022 akan dipaparkan pada 20 Jun 2022, jam 5.00 petang. Hanya pelajar yang disenaraikan sahaja dibenarkan untuk memohon program ini.
Sebarang pertanyaan lanjut boleh emelkan ke lepasanspm2022@jpa.gov.my
(emel ini hanya aktif dalam tempoh permohonan dibuka sahaja)
Permohonan dibuka secara atas talian (online) | Mohon Segera!!
iNFO Penting Lain :-
- Tarikh Penting Permohonan Kemasukan Pelajar Lepasan SPM/STPM Sesi Akademik 2022/2023
- Cara Pengiraan Merit UPU Kemasukan ke UA/IPTA Lepasan SPM
- Cara Kemaskini Borang Permohonan UPU Online
- Cara Semakan Syarat Permohonan UPU Online
- Cara Mohon Online Kemasukan ke Kolej Profesional MARA (KPM)
