Advertisement

Bantuan Awal Pengajian Dalam dan Luar Negara 2022


Bantuan Zakat IPTA / IPTS MAIDAM 2022

Permohonan Bantuan Awal Pengajian IPTA/IPTS MAIDAM 2022(Borang)

Bagi pemohon yang berminat, permohonan Bantuan Awal Pengajian Dalam dan Luar Negara ini telah dibuka secara atas talian mulai 12 Januari 2022.

Peringkat Pengajian

Peringkat pengajian yang layak untuk memohon bantuan awal pengajian ini adalah seperti berikut:

  • Sijil
  • Pra Diploma
  • Asasi
  • Matrikulasi
  • Diploma
  • Sarjana Muda
  • Sarjana
  • Doktor Falsafah (PhD)

Syarat Permohonan

Syarat permohonan yang ditetapkan bagi pemohon yang ingin memohon bantuan awal pengajian ini adalah seperti berikut:

  1. Pemohon adalah rakyat negeri Terengganu yang menetap di negeri Terengganu atau pemastautin tetap di negeri Terengganu tidak kurang dari 3 tahun berturut-turut sebelum melanjutkan pelajaran.
  2. Pemohon beragama Islam, baligh, berakal dan merdeka.
  3. Pelajar yang baru mendapat tawaran melanjutkan pengajian.
  4. Tahap pengajian yang dipertimbangkan adalah Sijil/Pra
    Diploma/Asasi/Matrikulasi, Diploma, Sarjana Muda, Sarjana dan Doktor
    Falsafah (PhD).
  5. Layak dipertimbangkan bantuan sekali sahaja untuk setiap 1 tahap
    pengajian.
  6. Permohonan perlu dihantar dalam tempoh 3 bulan dari tarikh pendaftaran
    pengajian.
  7. Pemohon tidak bekerja dan tidak mempunyai sumber pendapatan sendiri.
  8. Tempoh pengajian tidak kurang dari 6 bulan.
  9. Permohonan bantuan tidak boleh dipertimbangkan sekiranya terdapat mana-mana ibu dan bapa pemohon tidak menunaikan sepenuhya zakat kepada MAIDAM jika bekerja di negeri Terengganu.

Cara Memohon

Untuk membuat permohonan, sila ikuti langkah-langkah berikut iaitu:

  1. Layari laman web permohonan iaitu http://yp.maidam.gov.my/iptonline.
  2. Klik bahagian ‘Daftar Perngguna.’
  3. Isi maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Simpan.’
  4. Masukkan no kad pengenalan dan kata laluan yang didaftarkan.
  5. Isi maklumat permohonan dengan lengkap dan betul.
  6. Muat naik dokumen yang diperlukan.
  7. Pastikan semua maklumat dan dokumen dimuat naik sebelum membuat penghantaran.

Dokumen Yang Diperlukan

Dokumen yang diperlukan untuk dimuat naik semasa membuat permohonan adalah seperti berikut:

  1. Surat tawaran belajar yang rasmi.
  2. Salinan kad pengenalan pemohon, ibu dan bapa/ penjaga dan adik beradik
    dalam tanggungan.
  3. Salinan sijil SPM/STPM/sijil berhenti sekolah.
  4. Salinan slip gaji/ akuan pendapatan/ penyata pencen terkini ibu bapa/
    penjaga (penyata pencen/ kad pesara adalah bagi pesara kerajaan sahaja).
  5. Surat pengesahan mastautin terkini bagi pemohon yang kelahiran luar Negeri
    Terengganu dan telah bermastautin di Negeri Terengganu tidak kurang dari 3 tahun berturut-turut.
  6. Salinan sijil kematian/cerai (jika berkaitan).
  7. Salinan tiket penerbangan bagi pelajar luar negara

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai bantuan awal pengajian ini, sila layari laman web http://yp.maidam.gov.my/.

Advertisement



(Visited 15,844 times, 1 visits today)

Leave a Comment