Advertisement

Bantuan Tajaan Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK)


Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) telah membuka permohonan bagi pelajar yang ingin mendapatkan tajaan pendidikan bagi kemasukan di Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMS).

Untuk makluman, UniSHAMS sebelum ini dikenali sebagai Kolej Universiti Insaniah (KUIN) adalah institusi pengajian tinggi Islam milik penuh Kerajaan Negeri Kedah yang mula beroperasi sejak tahun 1996.

Bantuan ini adalah dibawah asnaf Asnaf Fisabilillah dimana sumber kewangan adalah hasil kutipan Zakat Negeri Kedah dan diagihkan kepada 8 golongan Asnaf yang layak.

Pemohon yang berminat boleh membuat permohonan sehingga 20 Januari 2022 secara atas talian.

Kelebihan Tajaan Pendidikan

Kelebihan tajaan pendidikan yang ditawarkan oleh LZNK ini adalah seperti berikut:

  • Tajaan penuh RM12,000 setahun bagi Ijazah Sarjana Muda dan RM10,000 setahun bagi Diploma.
  • Tajaan penuh RM53,600 setahun bagi Ijazah Sarjana Muda Perubatan (kuota terhad)
  • Semua Kursus Pengajian di Peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda di UniSHAMS
  • Pemantauan Mentor berkaitan akademik dan ko-kurikulum

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan permohonan yang ditetapkan adalah seperti berikut:

i) Pengajian Diploma

  1. Pemohon mestilah beragama Islam.
  2. Pemohon sedang bermastautin/menetap di Kedah (mengikut alamat surat tawaran) sekurang-kurangnya 2 tahun.
  3. Pemohon merupakan pelajar tahun pertama bagi sesi pengajian 2021/22 (Intake Dis).
  4. Semua bidang pengajian Diploma di UniSHAMS.
  5. Keputusan Percubaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sekurang-kurangnya 3B dan 3 Kredit serta kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.
  6. Lulus ujian penempatan Bahasa Arab yang dianjurkan oleh UniSHAMS dan lulus ujian
  7. temuduga (Diploma Tahfiz Wal Qiraat).
  8. Kelayakan lain yang diiktiraf setara dengannya oleh Kerajaan Malaysia bagi kemasukan UniSHAMS.
  9. Keutamaan kepada asnaf fakir dan miskin atau berpendapatan rendah (B40).

ii) Pengajian Ijazah Sarjana Muda

  1. Pemohon mestilah beragama Islam.
  2. Pemohon sedang bermastautin/menetap di Kedah (mengikut alamat surat tawaran) sekurang-sekurangnya 2 tahun.
  3. Pemohon merupakan pelajar tahun pertama bagi sesi pengajian 2021/22 (Intake Dis).
  4. Semua bidang pengajian Ijazah Sarjana Muda di UniSHAMS lulus Diploma/Matrikulasi/STPM/ASASI dalam bidang berkaitan dengan pencapaian sekurangnya CGPA 2.5 atau sekurang-kurangnya pangkat maqbul bagi lepasan STAM.
  5. Kelayakan lain yang diiktiraf setara dengannya oleh Kerajaan Malaysia bagi UniSHAMS.
  6. Keutamaan kepada asnaf fakir dan miskin atau berpendapatan rendah (B40).

iii) Ijazah Sarjana Muda Perubatan

  1. Pemohon mestilah beragama Islam.
  2. Pemohon merupakan bermastautin/menetap di Kedah (mengikut alamat surat tawaran) sekurang-kurangnya 2 tahun.
  3. Pemohon merupakan pelajar tahun pertama bagi sesi pengajian tahun 2020.
  4. Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sekurang-kurangnya 1A 2B.
  5. Lulus Diploma/Matrikulasi/STPM/ASASI dalam bidang berkaitan dengan pencapaian CGPA 3.00 dan keatas atau sekurang-kurang pangkat Jayyid bagi lepasan STAM.
  6. Kelayakan lain yang diiktiraf setara dengannya oleh Kerajaan Malaysia.
  7. Keutamaan kepada asnaf fakir dan miskin atau berpendapatan rendah (B40).
  8. Lulus temuduga Lembaga Zakat Negeri Kedah.

Cara Memohon

Untuk membuat permohonan, sila ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web http://biasiswa.zakatkedah.com.my/.
  2. Klik bahagian ‘Sila Daftar Di Sini.’
  3. Isi maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Daftar Sekarang.’
  4. Log masuk dengan memasukkan ID Pengguna dan kata laluan.
  5. Isi maklumat permohonan dengan lengkap dan betul.
  6. Muat naik dokumen yang diperlukan.
  7. Lengkapkan permohonan sehingga tamat.

Dokumen Yang Diperlukan

Dokumen yang diperlukan dan dimuat naik adalah seperti berikut:

  1. Salinan Kad Pengenalan Pemohon.
  2. Gambar pemohon berukuran passport.
  3. Salinan Kad Pengenalan Ibu/Bapa atau Penjaga.
  4. Salinan Penyata Gaji/Pencen/Pengesahan Pendapatan.
  5. Salinan Kad Pengenalan/Sijil Kelahiran semua ahli keluarga dibawah tanggungan.
  6. Salinan kelulusan pengajian (PT3/Percubaan SPM/SPM/Sijil/Diploma/Ijazah).
  7. Salinan Surat Tawaran atau Pengesahan Pengajian daripada IPT.

Pertanyaan Lanjut

Sebarang pertanyaan, sila hubungi Bahagian Pendidikan LZNK di talian 04-7331740 atau Whasapp ke 013-4592071.

Advertisement



(Visited 2,071 times, 1 visits today)

Leave a Comment