Advertisement

Bantuan Saradiri Dan Kecemasan Mahasiswa


Untuk makluman, Bantuan ini adalah bagi membantu meringankan beban mahasiswa dari peringkat pengajian Diploma sehingga Ijazah Doktor Falsafah (PhD) sepenuh masa dalam semester kedua dan ke atas di IPT yang datang dari keluarga yang kurang berkemampuan dari aspek sara diri dan kecemasan.

Bantuan ini bertujuan untuk:

  • Meringankan beban mahasiswa yang datang dari keluarga yang kurang berkemampuan bagi membolehkan mahasiswa fokus terhadap pelajaran tanpa terganggu dengan masalah kewangan.
  • Menunjukkan keprihatinan Kerajaan Negeri Perak kepada kebajikan Mahasiswa Perak serta membantu meringankan beban keluarga.
  • Pemohon dan ibu atau bapa yang lahir di Negeri Perak tetapi beralamat di luar Negeri Perak dan telah bermaustatin di Negeri Perak lebih 10 tahun.

Jenis-Jenis Bantuan

Bantuan ini terbahagi kepada 2 jenis bantuan yang akan disalurkan kepada mahasiswa anak Perak:

  1. Bantuan Sara Diri

a) Bantuan tambahan bagi menampung perbelanjaan harian mahasiswa sewaktu menjalani pengajian di IPT.

b) Bantuan kepada mahasiswa yang terpaksa membuat pertambahan semestar atas alasan munasabah selain daripada disebabkan oleh kegagalan subjek.

  1. Bantuan Kecemasan

a) Bantuan khas sewaktu mahasiswa ditimpa bencana atau musibah bagi meringankan beban yang ditanggung.

b) Contoh-contoh bencana atau musibah:

i. Kemalangan,
ii. Kebakaran,
iii. Kematian Ibu / Bapa / Penjaga,
iv. Kecurian,
v. Bencana alam (Banjir / Ribut / Tanah Runtuh),
vi. Penyakit kronik.

Tarikh Permohonan Bantuan Saradiri Dan Kecemasan Mahasiswa Perak

Permohonan dibuka 1 Januari sehingga 31 Ogos Setiap Tahun bagi tahun semasa (Hanya 1 permohonan sahaja bagi setiap tahun)

Kadar Bantuan Bantuan Saradiri Dan Kecemasan Mahasiswa Perak?

  1. Bantuan Sara Diri – RM700 / setahun
  2. Bantuan Kecemasan – RM300 – RM1,000 (Mengikut Bencana/Musibah)

Dokumen Yang Diperlukan

1. Salinan myKad pelajar, bapa dan ibu yang lahir di Perak.

2. Salinan kad pelajar.

3. Salinan penyata akaun bank pelajar.

4. Salinan surat kematian dan surat bercerai (jika berkaitan).

5. Salinan Transkrip Keputusan Peperiksaan Terkini (Bantuan Sara Diri sahaja).

6. Salinan Laporan Polis / Laporan Perubatan (Bantuan Kecemasan Mahasiswa Negeri Perak sahaja).

7. Penyata pendapatan (isirumah) bapa & ibu / penjaga yang disahkan oleh Pegawai daripada Kumpulan Pengurusan dan Profesional (gred 41 / Gred 3, Kumpulan A ke atas) dan sekiranya pesara sila kepilkan salinan penyata pencen bulanan atau jika bekerja sendiri sila dapatkan pengesahan pendapatan.

8. Borang Permohonan:

a) Sokongan – Pegawai Hal Ehwal Pelajar (HEP) IPT pemohon.

b) Perakuan – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) / Penghulu / Ketua Kampung (Kawasan tempat tinggal di Negeri Perak sahaja)

9. Semua dokumen perlu disahkan oleh Wakil Rakyat / Pegawai Kerajaan Kelas A / Penghulu / Ketua Kampung

Cara Permohonan

Borang permohonan boleh didapati secara percuma di Pejabat Yayasan Perak, Pejabat Mini Yayasan Perak di UTC Ipoh atau dicetak di laman web Yayasan Perak di www.yayasanperak.gov.my @ Klik Sini

Info Lanjut Syarat-Syarat KLIK SINI ( Bantuan Saradiri ) KLIK SINI ( Bantuan Kecemasan ) | Lain2 Bantuan Kerajaan 2021 KLIK SINI!!

Advertisement



(Visited 8,087 times, 1 visits today)

Leave a Comment