Biasiswa Yang Di-Pertuan Agong (BYDPA)

597

Sukacita dimaklumkan bahawa kemudahan Biasiswa Yang di-Pertuan Agong (BYDPA) bagi Tahun 2020 akan mula diiklankan pada Februari 2020. Maklumat lanjut akan dimuatnaik ke portal ini setelah permohonan online tersebut dibuka.

Permohonan adalah dipelawa daripada semua warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon Biasiswa Yang di-Pertuan Agong (BYDPA) Sesi Pengajian 2020 / 2021 bagi mengikuti pengajian di peringkat Sarjana dan Kedoktoran (Ph.D) di dalam dan luar negara.

Syarat Permohonan

Pemohon-pemohon mestilah memenuhi syarat-syarat permohonan seperti berikut:

Syarat-Syarat Umum

  1. Warganegara Malaysia; dan
  2. Umur tidak melebihi 35 tahun pada tahun memulakan pengajian di universiti.

Syarat-Syarat Khusus

  1. Mempunyai keputusan akademik yang amat cemerlang iaitu CGPA minimum 3.75 atau kelas pertama atau yang setaraf dengannya;
  2. Calon yang aktif dalam kegiatan ko-kurikulum atau aktiviti kemasyarakatan atau menghasilkan kerja-kerja kreatif dan inovatif akan diberikan keistimewaan;
  3. Calon yang mahir dalam lebih daripada satu bahasa antarabangsa akan diberikan keistimewaan;
  4. Telah mendapat tempat atau telah mendapat tawaran pengajian secara sepenuh masa dalam bidang Sains dan Teknologi, Ekonomi, Undang-undang atau Kewangan Islam di universiti penyelidikan tempatan seperti di Lampiran B1 atau di universiti terkemuka dunia mengikut bidang yang dipersetujui oleh JPA seperti di Lampiran B2;
  5. Senarai kursus di bawah bidang Sains dan Teknologi adalah seperti di Lampiran B3; dan
  6. Pengajian bagi peringkat Sarjana adalah secara mod penyelidikan sahaja yang mewajibkan penyediaan kertas penyelidikan atau disertasi atau tesis.

Penerima BYDPA yang telah menamatkan pengajian diwajibkan pulang ke Malaysia untuk berkhidmat di negara ini bagi tempoh tidak kurang dari lima (5) tahun. Bagi memastikan syarat tersebut dipatuhi, calon yang terpilih dikehendaki menandatangani perjanjian dengan Kerajaan. Jika calon yang terpilih adalah terdiri daripada pelajar-pelajar tajaan JPA di peringkat Ijazah Sarjana Muda, mereka masih terikat untuk berkhidmat dengan Kerajaan mengikut tempoh yang telah ditetapkan di bawah penajaan peringkat Sarjana Muda. Kadar gantirugi seperti yang berkuatkuasa pada masa sekarang akan dikenakan sekiranya pelajar melanggar syarat perjanjian

Info Lanjut …




Leave a Comment