Advertisement

Biasiswa Kenangan PEMENANG


Kemaskini! Persatuan Melayu Pulau Pinang (PEMENANG) mengalu-alukan anak keturunan Melayu Pulau Pinang (Lepasan SPM 2022) bagi memohon Biasiswa Kenangan PEMENANG.

Berikut adalah info dan maklumat mengenai biasiswa ini.

PEMENANG telah diasaskan pada 27 Mac 1927 dengan nama Penang Malay Association (P.M.A).

Antara inisiatif yang diwujudkan oleh PEMENANG adalah mewujudkan Biasisiwa Kenangan PEMENANG kepada pelajar Melayu berketurunan Pulau Pinang melalui Tabung Biasiswa PEMENANG.

Tujuan biasiswa ini diwujudkan adalah untuk membela nasib dan membangunkan kekuatan akademik bangsa Melayu melalui sumbangan dan sokongan biasiswa.

Sejak 2003, seramai 12 orang pelajar telah mendapat tajaan biasiswa untuk melanjutkan pengajian di pelbagai Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di seluruh Malaysia, dalam pelbagai bidang pengajian.

Tarikh tutup untuk permohonan biasiswa ini adalah pada 31 Mei 2024.

Nilai Biasiswa & Tuntutan Perbelanjaan

Nilai biasiswa yang ditawarkan adalah mengikut perbelanjaan setiap semester pengajian.

Tuntutan perbelanjaan adalah meliputi yuran pengajian dan penginapan, buku teks, dan lain-lain yang berkaitan yang difikirkan perlu.

Pembayaran Biasiswa

Pelajar mungkin perlu menanggung sendiri perbelanjaan pengajian sementara menunggu kelulusan biasiswa.

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan untuk biasiswa ini adalah seperti berikut:

  1. Pemohon (pelajar) mestilah warganegara Malaysia
  2. Pemohon mestilah anak keturunan Melayu Pulau Pinang (Takrif anak keturunan Melayu Pulau Pinang adalah bermaksud anak atau ayah atau kedua-duanya dilahirkan di Pulau Pinang)
  3. Lepasan SPM 2022 sahaja dengan minimum 6A.
  4. Tidak mendapat tajaan lain (wajib menamatkan pinjaman PTPTN/biasiswa lain selepas menerima tawaran biasiswa PEMENANG).

Cara Memohon

Permohonan biasiswa ini boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut:

  1. Muat turun borang permohonan di pautan Di SINI.
  2. Isi borang permohonan dengan lengkap.
  3. Pastikan semua maklumat yang diperlukan diisi.
  4. Hantar borang permohonan ke alamat emel pemenang@pemenang.org.my atau ke alamat berikut:

    Urusetia Biasiswa Kenangan PEMENANG,
    Bangunan PEMENANG,
    No. 60, Jalan PEMENANG,
    10250 Pulau Pinang.

Info & Pertanyaan Lanjut

Info lanjut mengenai biasiswa ini boleh melayari laman web https://www.pemenang.org.my/ atau menghubungi talian 04-227 3092.

Advertisement



(Visited 2,334 times, 1 visits today)

Leave a Comment