Advertisement

Biasiswa Pendidikan Yayasan Pahang Ke Universiti-Universiti Tempatan Tahun 2021


KEMASKINI! PERMOHONAN BIASISWA PENDIDIKAN YAYASAN PAHANG KE UNIVERSITI-UNIVERSITI TEMPATAN BAGI TAHUN 2021

Yayasan Pahang (YP) mempelawa calon-calon  yang berkelayakan untuk memohon Biasiswa Pendidikan bagi melanjutkan pengajian di Institusi-Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di dalam negara yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan yang DILULUSKAN OLEH YP.

Click Sini untuk Lebih Jelas

Biasiswa Pendidikan Yayasan Pahang 2021

A. Biasiswa Kecemerlangan Menteri Besar (BKMB)

Biasiswa berprestij yang dikenali dengan nama Biasiswa Kecemerlangan Menteri Besar (BKMB) ini ditawarkan kepada pelajar-pelajar anak Pahang yang cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).

Biasiswa ini memberi peluang kepada pelajar untuk mengikuti pengajian di Institusi Pengajian Tinggi Awam di dalam negara yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Yayasan Pahang (YP) hingga ke peringkat pengajian tertinggi iaitu ke
peringkat Sarjana dan Kedoktoran tertakluk kepada kecemerlangan
akademik dan kokurikulum.

Syarat Kelayakan

  1. Anak Negeri Pahang Darul Makmur seperti takrif berikut :-
    (a) Pemohon atau bapa atau ibu dilahirkan di Negeri Pahang Darul Makmur.
    (b) Bagi pemohon yang ibubapanya bukan Warganegara Malaysia adalah Tidak Layak Memohon.
  2. Mempunyai kelulusan akademik yang cemerlang, mempunyai bakat kepimpinan yang tinggi serta aktif dalam kegiatan kokurikulum, kesukarelawan dan sukan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
  3. Lulus cemerlang di peringkat SPM atau STPM tahun 2020 seperti berikut:-
    (a) Calon SPM : 9 A+ ke atas
    (b) Calon STPM : 4 Prinsipal A
  4. Memohon ke Institusi Pengajian Tinggi Awam yang diiktiraf oleh Kerajaan dan YP (tidak termasuk program persediaan ke luar negara).
  5. Mempunyai sahsiah diri yang baik dan berpersonaliti unggul.
  6. Mempunyai taraf kesihatan yang baik.

B. Skim Pelajar Cemerlang Yayasan Pahang (SPC YP)

Skim Pelajar Cemerlang Yayasan Pahang (SPC YP) ini ditawarkan
kepada pelajar-pelajar anak Pahang yang cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Di bawah skim ini,pelajar akan ditawarkan biasiswa bagi mengikuti pengajian Matrikulasi/ Program Asasi atau setaraf dengannya di Institusi Pengajian Tinggi Awam yang mempunyai jalinan usahasama dengan Yayasan Pahang (YP):

a) Program Asasi di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)

Pelajar yang berjaya terpilih di bawah skim ini akan mengikuti pengajian di Universiti Islam Antarabangsa, Malaysia (UIAM) dalam bidang Perubatan, Farmasi, Ekonomi, Perbankan / Kewangan Islam dan Pengajian Islam.

Pada masa yang sama, pelajar perlu membuat permohonan Sistem Permohonan Kemasukan Pelajar Bagi Sesi Akademik 2021/2022 (UPU Online) dengan menjadikan UIAM sebagai PILIHAN UTAMA. Penajaan biasiswa akan diteruskan hingga ke peringkat Ijazah Sarjana Muda.

b) Program Peneraju Profesional Akauntan Muda
(FIA – ACCA)

Program ini dirangka khas untuk melahirkan golongan profesional di dalam bidang perakaunan dan dijalankan dengan kerjasama Yayasan Pahang dan Yayasan Peneraju.

Syarat Kelayakan

  1. Anak Negeri Pahang Darul Makmur seperti takrif berikut :-
    (a) Pemohon atau bapa atau ibu dilahirkan di
    Negeri Pahang Darul Makmur.
    (b) Bagi pemohon yang ibubapanya bukan
    Warganegara Malaysia, adalah Tidak Layak Memohon.
  2. Mempunyai kelulusan cemerlang akademik dan aktif dalam
    kegiatan kokurikulum.
  3. Lulus cemerlang di peringkat SPM tahun 2020 dengan
    mendapat keputusan A bagi semua matapelajaran
    yang diambil.
  4. Mempunyai sahsiah diri yang baik dan berpersonaliti unggul.
  5. Mempunyai taraf kesihatan yang baik.

Cara Memohon Biasiswa Yayasan Pahang

Untuk panduan penuh cara memohon biasis ini. Boleh Muat turun Panduan Di SINI

Info Lanjut KLIK SINI | Mohon Secara Online Di SINI | Tutup 30 Jun 2021

iNFO Penting Lain :-


Advertisement



(Visited 2,954 times, 1 visits today)

Leave a Comment