Advertisement

Biasiswa Sagong Tasi


Biasiswa Sagong Tasi merupakan biasiswa khas untuk pelajar Orang Asli anak Selangor yang menuntut di IPT dan berpendapatan rendah.

Permohonan biasiswa ini dibuka sehingga 15 April 2023 dan pemohon adalah digalakkan membuat permohonan dengan segera secara atas talian.

Kadar Biasiswa

Kadar biasiswa yang akan diberikan kepada mereka yang layak adalah seperti berikut:

  • Yuran Pengajian: Mengikut kadar sebenar yuran pengajian dan akan dibayar terus kepada pihak Universiti. 
  • Elaun Sara Diri: Elaun Sara Diri berjumlah RM600.00 sebulan yang akan dikreditkan terus ke akaun pelajar.

IPT Terlibat

Anak Orang Asli Selangor yang menyambung pengajian ke IPT berikut layak untuk memohon:

  • Universiti Teknologi MARA (UiTM)
  • Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
  • Universiti Kebangsaan Malaysia (Bangi)
  • Universiti Putra Malaysia (Serdang)
  • Universiti Selangor (UNISEL)
  • Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS)
  • Kolej Antarabangsa INPENS.

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan yang ditetapkan adalah seperti berikut:

  1. Pemohon dan Ibu Bapa merupakan warganegara Malaysia; dan
  2. Pemohon mestilah ditakrifkan sebagai Orang Asli mengikut Akta 134 – Akta Orang Asli Tahun 1954; dan Pemohon lahir di Negeri Selangor; atau
  3. Ibu atau Bapa lahir di Negeri Selangor; atau
  4. Pemohon telah bermastautin lebih dari 10 tahun di Negeri Selangor dengan pengesahan daripada ADUN/ Penghulu/ Pengerusi JKKK/ Ketua Kampung.
  5. Pemohon telah mendaftar pengajian Diploma atau Ijazah Sarjana Muda secara sepenuh masa di IPT berkenaan (pengajian secara jarak jauh (PJJ)/ luar kampus (PLK) tidak layak memohon).
  6. Pemohon yang belim menerima sebarang pinjaman/biasiswa/bantuan kewangan dari lain-lain penaja.
  7. Pemohon yang memperoleh pencapaian akademik yang baik akan diberi keutamaan.
  8. Pemohon bukan pelajar tahun akhir pengajian/diberi tempoh pelanjutan pengajian.

Cara Memohon

Permohonan boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut iaitu:

  1. Layari laman web https://danapendidikan.selangor.gov.my/login.
  2. Klik butang ‘Daftar.’
  3. Isi maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Daftar Akaun.’
  4. Log masuk dengan memasukkan no kad pengenalan dan kata laluan.
  5. Isi maklumat permohonan dengan lengkap dan betul.
  6. Hantar permohonan setelah semua maklumat lengkap diisi.

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai Biasiswa Khas Sagong Tasi, sila layari laman web https://tkwbns.selangor.gov.my/portal/index.php/tentang-kami/biasiswa-sagong-tasi atau boleh menghubungi urus setia di talian 03-55447543, 03-55447484 atau 03-55212275.

Untuk senarai penuh Biasiswa Klik Sini

Advertisement



(Visited 6,897 times, 1 visits today)

Leave a Comment