Advertisement

Biasiswa Pendidikan Dalam Negara (BPDN) 2024


Untuk makluman, MAIK merupakan agensi ditubuhkan pada 24 Disember 1915 yang mana penubuhannya bertujuan untuk menasihati KDYMM Al-Sultan selaku ketua agama berkenaan dengan hal ehwal agama Islam dan adat istiadat Melayu Kelantan.

Di bawah strategi MAIK iaitu memperkemas dan memperluaskan bidang usaha dan kegiatan dakwah dan tarbiah (pendidikan), MAIK telah memperkenalkan biasiswa ini bagi membantu anak-anak Negeri Kelantan lepasan SPM untuk melanjutkan pengajian mereka di IPTA.

𝐓𝐀𝐖𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐁𝐈𝐀𝐒𝐈𝐒𝐖𝐀 𝐏𝐄𝐍𝐃𝐈𝐃𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀 (𝐁𝐏𝐃𝐍) 𝐌𝐀𝐈𝐊

Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) ingin menawarkan program penajaan berbentuk biasiswa kepada para pelajar yang telah menerima tawaran dan mendapat tempat di institusi pengajian tinggi awam / swasta, sama ada di semester pertama dan seterusnya untuk membantu melanjutkan pengajian di pelbagai peringkat pengajian Dalam Negara sahaja.

🧮𝑺𝒀𝑨𝑹𝑨𝑻 𝑼𝑴𝑼𝑴 𝑴𝑨𝑰𝑲

✅Terbuka kepada semua lepasan SPM

✅Terbuka kepada warganegara Malaysia (peranakan Kelantan) yang lahir dan bermastautin menetap di Kelantan.

✅Terdiri daripada golongan asnaf yang layak menerima zakat berdasarkan had kifayah yang telah ditetapkan oleh MAIK.

✅Tidak mendapat mendapat tajaan atau bantuan kewangan daripada badan penaja lain.

✅Berumur tidak melebihi 25 tahun pada tarikh permohonan

✅Telah menerima surat tawaran dan / atau sedang menuntut minima semester pertama institusi (dengan baki semester sekurang-kurangnya 3 semester)

🧮𝑺𝒀𝑨𝑹𝑨𝑻 𝑲𝑯𝑼𝑺𝑼𝑺 𝑪𝑨𝑳𝑶𝑵 (𝑲𝑬𝑳𝑨𝒀𝑨𝑲𝑨𝑵 𝑨𝑲𝑨𝑫𝑬𝑴𝑰𝑲)

1️⃣ 𝐒i𝐣i𝐥 𝐊e𝐦a𝐡i𝐫a𝐧

🔶Sijil yang diiktiraf oleh MLVK perlu sekurang-kurangnya telah / sedang menduduk tahap 2 𝗗𝗔𝗡 / 𝗔𝗧𝗔𝗨

🔶Memperoleh minima lulus SPM bagi sijil kemahiran yang lain.

2️⃣ 𝐃i𝐩l𝐨m𝐚

🔶PNGS DAN PNGK 3.50 pada semester 1 dan seterusnya ATAU

🔶Berkelulusan SPM dengan sekurang-kurangnya gred 3A (tiada gred C dan ke atas ) 7 kredit

3️⃣ 𝐈j𝐚z𝐚h S𝐚r𝐣a𝐧a M𝐮d𝐚

🔶PNGS DAN PNGK 3.0 ke atas pada semester 1 dan seterusnya ATAU

🔶Diploma PNGK 3.50 ke atas ATAU

🔶STPM dengan sekurang-kurangnya PNGK 3.0 ke atas

🔶STAM yang setara dengan STPM ATAU

🔶Matrikulasi / Asasi Sains / Asasi Universiti berkenaan dengan sekurang-kurangnya P𝐍G𝐊 𝟑.0.

🧮𝑩𝑰𝑫𝑨𝑵𝑮 𝑷𝑬𝑵𝑮𝑨𝑱𝑰𝑨𝑵

🔶Mana-mana bidang yang bermanfaat

🔶Bidang perubatan tidak menjadi keutamaan

🧮𝑻𝑬𝑴𝑷𝑨𝑻 𝑷𝑬𝑵𝑮𝑨𝑱𝑰𝑨𝑵

🔶Institusi tempatan sahaja dan tertakluk kepada surat tawaran

🧮𝑪𝑨𝑹𝑨 𝑴𝑬𝑴𝑶𝑯𝑶𝑵

🔶Secara atas talian (http://eagihan.e-maik.my)

🔶Perkhidmatan KIOSK dan mesin pengimbas disediakan di aras bawah Unit Agihan Zakat MAIK serta seluruh Masjid Bandar Negeri Kelantan di bawah Kod 21124 – Program Biasiswa Pendidikan Dalam Negara (BPDN) MAIK.

🧮𝗧𝗔𝗥𝗜𝗞𝗛 𝗕𝗨𝗞𝗔 : 𝟭 𝗔𝗣𝗥𝗜𝗟 𝟮𝟬𝟮𝟰

🧮𝗧𝗔𝗥𝗜𝗞𝗛 𝗧𝗨𝗧𝗨𝗣 : 𝟯𝟬 𝗔𝗣𝗥𝗜𝗟 𝟮𝟬𝟮𝟰

Untuk Senarai Penuh Biasiswa 2024 KLIK SINI

Advertisement



(Visited 9,881 times, 42 visits today)

Leave a Comment