Advertisement

Dermasiswa Yayasan Perak Dalam Dan Luar Negara


Kemasikini – Bantuan permulaan secara ‘one-off’ kepada pelajar untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Universiti / IPT di dalam dan luar negara.

Bantuan ini bertujuan untuk:-

  • a) Meringankan beban bakal mahasiswa dan keluarga bagi membuat persediaan sebelum melanjutkan pelajaran ke Institut Pengajian Tinggi (IPT) di dalam dan luar Negara seperti urusan visa, tiket kapal terbang dan penginapan.
  • b) Mengiktiraf kecemerlangan anak Negeri Perak yang berjaya mendapat tawaran melanjutkan pelajaran di Institusi Pengajian Tinggi di dalam dan luar Negara.
  • c) Menunjukkan keprihatinan Kerajaan Negeri Perak kepada kebajikan anak Negeri Perak yang melanjutkan pelajaran di Institusi Pengajian Tinggi di dalam dan luar Negara.
  • d) Melahirkan ikon kepimpinan dalam pelbagai bidang yang akan menjadi sumber rujukan kepada Kerajaan Negeri dan Yayasan Perak.

DERMASISWA YAYASAN PERAK (DALAM NEGARA)

KADAR PEMBERIAN

Bantuan ini adalah secara “one-off” berdasarkan peringkat pengajian seperti berikut:

BilPeringkat PengajianNilai Bantuan (RM)
(Pendapatan RM5,000 Ke Bawah)
1Sijil (Termasuk Sijil & Diploma Vokasional)RM300.00
2DiplomaRM500.00
3Ijazah Sarjana MudaRM1,000.00
4Ijazah Sarjana (Master)RM1,500.00
5Ijazah Doktor Falsafah (PhD)RM2,000.00

SYARAT – SYARAT DERMASISWA YAYASAN PERAK (DALAM NEGARA)

1. Bagi kemasukan pengajian SEPENUH MASA DAN SEPARUH MASA bagi SEMESTER PERTAMA di TAHUN PERTAMA sahaja di peringkat Sijil, Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana (MASTER) dan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) ke IPT yang tersenarai.

2. Permohonan Ijazah Sarjana (MASTER) dan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) adalah terbuka kepada pelajar SEPENUH MASA atau SEPARUH MASA serta sama ada yang BEKERJA atau TIDAK BEKERJA.

3. Anak kelahiran Negeri Perak seperti berikut:-

  • a) Pemohon dan ibu atau bapa lahir di Negeri Perak ; atau
  • b) Pemohon dan ibu atau bapa lahir di luar Negeri Perak tetapi telah bermastautin di Negeri Perak lebih daripada 10 tahun ; atau
  • c) Pemohon dan ibu atau bapa yang lahir di Negeri Perak tetapi beralamat di luar Negeri Perak dan telah bermastautin di Negeri Perak lebih dari 10 tahun.
  • d) Keutamaan kepada mahasiswa yang masih menetap di Negeri Perak.

4. Isirumah (Ibu dan Bapa) keluarga berpendapatan di bawah RM5,000 sebulan sahaja (gaji pokok).


DERMASISWA YAYASAN PERAK (LUAR NEGARA)

KADAR PEMBERIAN

Bantuan ini adalah secara “one-off” berdasarkan peringkat pengajian serta kategori Negara seperti berikut:

Kategori NegaraKategori AKategori B
Peringkat PengajianNilai Bantuan (RM)
Diploma1,500.002,500.00
Ijazah Sarjana Muda3,000.005,000.00
Ijazah Sarjana / Ijazah Doktor Falsafah4,000.006,500.00

Agihan Negara mengikut kategori dan Negara adalah seperti berikut:

NEGARA(KATEGORI A)
1. Bangladesh2. Afrika Selatan 3. Filipina 4. India 
5. Indonesia 6. Libya7. Mesir8. Myanmar
9. Pakistan10. Sri Lanka11. Sudan12. Thailand
13. Uganda14. West Indies
NEGARA(KATEGORI B)
1. Amerika Syarikat2. Arab Saudi3. Australia4. Austria
5. Belgium6. Brunei7. China8. Denmark
9. Hong Kong10. Iran11. Iraq12. Itali
13. Jerman 14. Jepun15. Jordan16. Kanada
17. Korea Selatan18. Kuwait19. Maghribi20. Malta
21. Netherlands22. New Zealand23. Norway24. Perancis
25. Poland26. Republik Czech27. Republik Ireland28. Russia
29. Sepanyol30. Singapura31. Sweden32. Switzerland
33. Taiwan34. Turki35. Ukraine36. United Kingdom

Senarai IPT yang diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) boleh disemak di pautan www2.mqa.gov.my/esisraf/kelayakan.cfm

SYARAT DERMASISWA YAYASAN PERAK (LUAR NEGARA)

1. Pemohon mestilah menghantar permohonan sewaktu SEMESTAR PERTAMA di TAHUN PERTAMA pengajian sahaja.

2. Mendapat tawaran melanjutkan pengajian SEPENUH MASA peringkat Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana (MASTER) dan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) luar Negara yang diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

3. Mahasiswa yang mengikuti Program Pertukaran Pelajar, Mobiliti Pelajar, Program Berkembar atau Latihan Industri di IPT luar Negara TIDAK termasuk dalam bantuan ini.

4. Anak kelahiran Negeri Perak seperti berikut:-

  •    a) Pemohon dan ibu atau bapa lahir di Negeri Perak ; atau
  •    b) Pemohon dan ibu atau bapa lahir di luar Negeri Perak tetapi telah bermastautin di Negeri Perak lebih daripada 10 tahun ; atau
  •    c) Pemohon dan ibu atau bapa yang lahir di Negeri Perak tetapi beralamat di luar Negeri Perak dan telah bermastautin di Negeri Perak lebih dari 10 tahun.
  •   d) Keutamaan kepada mahasiswa yang masih menetap di Negeri Perak.

5. Isirumah (Ibu dan Bapa) keluarga berpendapatan di bawah RM5,000 sebulan sahaja (gaji pokok).


DOKUMEN YANG DIPERLUKAN (DERMASISWA YAYASAN PERAK DALAM DAN LUAR NEGARA)

1. Salinan surat tawaran terkini (WAJIB), Salinan Pengesahan Terima atau Tolak Tawaran (JIKA ADA).

2. Salinan MyKad pelajar, bapa dan ibu yang lahir di Perak / Surat Pengesahan Bermastautin (Jika Berkaitan)

3. Salinan penyata akaun bank pelajar (pemohon)(WAJIB), Salinan Slip ‘Bank-In’ Yuran Pendaftaran (JIKA ADA).

4. Salinan pendapatan (isirumah) bapa & ibu / penjaga yang disahkan oleh Pegawai daripada Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Gred 41 / Gred 3, Kumpulan A ke atas) dan sekiranya pesara sila kepilkan salinan penyata pencen bulanan atau jika bekerja sendiri sila dapatkan pengesahan pendapatan daripada Penghulu / Ketua Kampung kawasan masing – masing. (WAJIB)

5. Salinan Surat kematian atau Surat Bercerai (Jika Berkaitan).

6. Borang Permohonan:

  • a) Sokongan – Penghulu / Ketua Kampung (Kawasan tempat tinggal di Negeri Perak sahaja)
  • b) Perakuan – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) / Wakil Rakyat / Pemimpin Tempatan (Kawasan tempat tinggal di Negeri Perak sahaja)

7. Semua dokumen perlu disahkan oleh Wakil Rakyat / Pegawai Kerajaan Kelas A / Penghulu / Ketua Kampung.

UNTUK PERHATIAN:-

  • Permohonan yang TIDAK LENGKAP akan ditolak.
  • Tarikh tutup permohonan adalah 3 bulan dari tarikh pendaftaran masuk ke Institusi Pengajian Tinggi.
  • Permohonan dibuka sepanjang tahun.
  • Dokumen yang telah dihantar tidak akan dikembalikan.

CARA MEMOHON

MOHON SEKARANG!

Advertisement



(Visited 18,560 times, 1 visits today)

Leave a Comment