Advertisement

Bantuan Pendidikan Yayasan Pahang


Mengenai Bantuan Pendidikan

Tawaran Permohonan Biasiswa Kecemerlangan Menteri Besar Pahang & Skim Pelajar Cemerlang Yayasan Pahang 2022

Kerajaan Negeri Pahang melalui Yayasan Pahang (YP) mempelawa calon-calon  yang berkelayakan untuk memohon Biasiswa Pendidikan bagi melanjutkan pengajian di Institusi-Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di dalam negara yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan yang DILULUSKAN OLEH YAYASAN PAHANG.

BANTUAN PENDIDIKAN

Bahagian Operasi adalah teras aktiviti Yayasan Pahang sejak penubuhannya pada tahun 1983. Kuantiti dan kualiti penerima bantuan adalah dua perkara yang menjadi fokus utama bahagian ini. Di peringkat awal penubuhan, kuantiti penerima bantuan menjadi keutamaan bagi memastikan tiada anak Pahang yang tercicir daripada mendapat pendidikan disebabkan kedaifan ekonomi.

Walau bagaimanapun kini, kualiti menjadi semakin penting bagi memastikan anak-anak Pahang cemerlang dalam bidang akademik seterusnya layak melanjutkan pengajian ke peringkat tinggi khususnya dalam bidang selektif dan kritikal.

FOKUS BANTUAN PENDIDIKAN YAYASAN PAHANG

1.Mencapai sasaran 50% belia dalam kohot umur 17-23 tahun memiliki tertiary education menjelang tahun 2020.
2.Mengeluarkan penajaan pendidikan mengikut pasaran tempatan dan global melalui program selektif dan kritikal
3.Menyeimbangkan tajaan bagi program berasaskan akademik dan kemahiran
4.Melaksanakan program-program kecemerlangan pendidikan di peringkat sekolah bagi meramaikan anak-anak negeri ke menara gading
5.Menjadikan dana pinjaman pendidikan self sufficient melalui bayaran balik pinjaman pendidikan

Info Lanjut Klik Sini | Untuk senarai penuh Biasiswa Klik Sini

Advertisement



(Visited 3,134 times, 1 visits today)

Leave a Comment