Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP)


Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP) Tahun 2022 – Tawaran Permohonan Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP) Sesi 2022 untuk Murid Tingkatan 1 Hingga 5 Dan 6 Atas Online kini dibuka.

Adalah dimaklumkan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) membuka permohonan Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP) Tahun 2022 oleh Pihak Sekolah Bagi Murid Tingkatan 1 Hingga 5 Dan 6 Atas.

PENGENALAN

Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP) merupakan satu anugerah daripada kerajaan kepada pelajar – pelajar sekolah menengah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang mendapat keputusan yang cemerlang disamping memenuhi kriteria yang ditetapkan.

Biasiswa ini telah diperkenalkan sejak tahun 1970-an yang bertujuan untuk meningkatkan motivasi dan memberi perangsang kepada murid dari golongan keluarga berpendapatan rendah supaya mengekalkan kecemerlangan dalam bidang akademik dan kokurikulum sepanjang persekolahan di peringkat sekolah menengah.

KADAR PEMBIAYAAN

Tingkatan 1 – 4 : RM70.00 sebulan x 12 bulan.
Tingkatan 5 : RM70.00 sebulan x 11 bulan.
Tingkatan 6 Rendah (Aliran Sains) : RM110.00 sebulan x 7 bulan.
Tingkatan 6 Atas (Aliran Sains) : RM110.00 sebulan x 11 bulan.
Tingkatan 6 Rendah (Aliran Sastera) : RM90.00 sebulan x 7 bulan.
Tingkatan 6 Atas (Aliran Sastera) : RM90.00 sebulan x 11 bulan.

PEMILIHAN

Bagi melayakkan pelajar dipilih sebagai penerima Biasiswa BKP, syarat di bawah perlu dipenuhi:

  • Merupakan Warganegara Malaysia.
  • Belajar samada di Tingkatan 1 – 6 yang bersekolah di SK & SBK.
  • Ibu bapa/penjaga pelajar berpendapatan RM1500 sebulan dan ke bawah.
  • Pelajar memperoleh keputusan yang cemerlang dalam akademik dan kokurikulum mengikut merit yang ditetapkan.
  • Pelajar yang memohon tidak menerima sebarang biasiswa atau elaun /insentif kewangan lain daripada agensi kerajaan dan bukan kerajaan.

KAEDAH PERMOHONAN

  1. Permohonan adalah melalui sekolah masing-masing melalui guru tingkatan dengan kerjasama Guru Biasiswa dan JK Bantuan peringkat sekolah.
  2. Guru Biasiswa perlu mengemaskini data APDM sebagai asas permohonan BKP
  3. Muat turun borang – berikut adalah pautan muat turun borang dan lampiran yang perlu dilengkapkan:

Tarikh tutup: 11 April 2022 (Salinan Hardcopy perlu dihantar ke sekolah sebelum tarikh ini jika mahu memohon)

SENARAI SEMAK

  • Borang permohonan telah lengkap di isi
  • Salinan kad pengenalan pemohon yang disahkan
  • Salinan kad pengenalan bapa yang disahkan
  • Salinan kad pengenalan ibu yang disahkan
  • Salinan penyata gaji yang disahkan
  • Salinan keputusan peperiksaan yang terakhir
  • Salinan keputusan peperiksaan UPSR/PMR/SPM (untuk permohonan ting 1, 4, dan 6 Rendah)

TAKWIM PERLAKSANAAN BKP TAHUN 2022

Buat masa ini takwim masih belum dikeluarkan, anda boleh rujuk laman rasmi takwim dari masa ke semasa untuk kemaskini terkini: https://apb1.moe.gov.my/index-2_takwim.cfm

HUBUNGI

Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada:

Pn. Azita Binti Ab Aziz
azitaaziz@moe.gov.my

Pn. Hasnah binti Ismail
hasnah.i@moe.gov.my

No Tel: 03 – 8889 7081

Maklumat lanjut mengenai Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP) Tahun 2022 boleh didapati di laman web rasmi KPM di https://apb1.moe.gov.my/

Advertisement



(Visited 8,745 times, 9 visits today)

Leave a Comment