Advertisement

Pembiayaan Pendidikan Yayasan ANGKASA


PEMBIAYAAN PENDIDIKAN YAYASAN ANGKASA

Yayasan ANGKASA berperanan memperkasa taraf pendidikan dan pembangunan modal insan warga koperasi dengan membantu melahirkan golongan yang berpengetahuan dan berkemahiran yang boleh menyumbang kepada gerakan koperasi dan masyarakat pada amnya.

Yayasan ANGKASA menawarkan kemudahan pembiayaan boleh ubah (biasiswa) kepada anggota koperasi, anak anggota koperasi yang menjadi ahli ANGKASA yang melanjutkan pengajian sepenuh masa/separuh masa/PJJ di peringkat Ijazah Sarjana Muda, Sarjana dan Ijazah Doktor Falfasah (PhD) di Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta dalam negara.

KEISTIMEWAAN PELAJAR TAJAAN YAYASAN ANGKASA

Bagi memastikan budaya kecemerlangan di kalangan pelajar-pelajar Yayasan ANGKASA menyediakan tiga program yang wajib dihadiri oleh pelajar-pelajar iaitu:-

1. Program motivasi (untuk pelajar baru)

2. Program kaunseling (bagi pelajar mendapat nilai gred dibawah 2.80)

3. Kursus persediaan mendapatkan pekerjaan (pelajar tahun akhir)

Keistimewaan Pembiayaan Pendidikan Yayasan ANGKASA

Pembiayaan boleh diubah kepada Biasiswa berdasarkan pencapaian kelas dan gred pengijazahan adalah seperti berikut:-

SISTEM KELASPERATUS PERUBAHAN KEPADA BIASISWA
Pertama100% Biasiswa
Kedua Atas60% Biasiswa
Lain-lain100% Pembiayaan

Pembiayaan Pendidikan Yayasan ANGKASA juga tidak mengenakan sebarang caj faedah.

Untuk maklumat lanjut berkaitan permohonan dan syarat-syarat kelayakan memohon boleh layari laman web rasmi yayasanangkasa.coop

  • MAKLUMAT PERHUBUNGAN
    402, Blok C, Glomac Business Centre 
    No.10, Jalan SS6/1
    Kelana Jaya
    47301 Petaling Jaya
    Telefon: +603 – 7880 5358

Untuk Senarai Penuh Biasiswa 2023/2024 KLIK SINI!!

Advertisement



(Visited 45,948 times, 6 visits today)

Leave a Comment