Permohonan Melanjutkan Pengajian Ke Timur Tengah


PERMOHONAN ATAS TALIAN BAGI MELANJUTKAN PENGAJIAN KE TIMUR TENGAH BAGI SESI KEMASUKAN 2020/2021

  1. Dimaklumkan bahawa semakan layak bagi permohonan kategori lepasan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) akan dibuka pada 17 Februari 2020 (Isnin) mulai jam 2.00 petang sehingga 13 Mac 2020 (Jumaat). Sehubungan itu, pemohon boleh menyemak keputusan dengan daftar masuk dalam sistem ini. Pelajar yang layak perlu muat naik dokumen sokongan melalui sistem ini selewat-lewatnya pada 13 Mac 2020. Permohonan yang gagal muat naik dokumen tidak dipertimbangkan. 
  2. Dimaklumkan bahawa semakan layak bagi permohonan kategori lepasan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) akan dibuka pada 17 Februari 2020 (Isnin) mulai jam 2.00 petang sehingga 13 Mac 2020 (Jumaat). Sehubungan itu, pemohon boleh menyemak keputusan dengan daftar masuk dalam sistem ini. Pelajar yang layak perlu muat naik dokumen sokongan melalui sistem ini selewat-lewatnya pada 13 Mac 2020. Permohonan yang gagal muat naik dokumen tidak dipertimbangkan.

  3. Dimaklumkan bahawa pelajar Malaysia yang berhasrat untuk melanjutkan pengajian ke Timur Tengah bagi sesi 2020/2021 perlu membuat permohonan secara atas talian talian dipautan https://dohe.moe.gov.my/timurtengah

  4. Permohonan atas talian lepasan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dibuka pada 21 Januari 2020 (Selasa) jam 2.00 petang dan akan ditutp pada 3 Februari 2020 (Isnin) jam 11.59 malam.

  5. Permohonan atas talian lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Diploma Qiraat dibuka pada 21 Januari 2020 (Selasa) jam 2.00 petang dan akan ditutp pada 9 April 2020 (Khamis) jam 11.59 malam.

  6. Selepas keputusan SPM diumumkan, pemohon diminta untuk mengemaskini permohonan secara atas talian sehingga tarikh tutup permohonan pada 9 April 2020 (Khamis) jam 11.59 malam.

  7. Pemohon bagi melanjutkan pengajian ke Timur Tengah bagi bidang Pengajian Islam, Perubatan, Pergigian dan Farmasi HANYA diproses oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sahaja.

  8. KPM TIDAK MELANTIK mana-mana agen bagi menguruskan pelajar ke Timur Tengah. Sebagai makluman, penggunaan agen bagi menguruskan permohonan dan penempatan ke Timur Tengah adalah atas pilihan dan tanggungjawab pelajar atau ibubapa sendiri.

Baca Juga : Biasiswa JPA – Program Khas Lepasan SPM Dalam Negara

Info Berkait : Program Penghantaran Pelajar Cemerlang ke Luar Negara Pendidikan Islam

Mohon Segera..




(Visited 2,619 times, 1 visits today)

Leave a Comment