Advertisement

Biasiswa Sekolah Menengah Yayasan Wilayah Persekutuan


Biasiswa kepada pelajar sekolah menengah daripada keluarga berpendapatan rendah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

Pemohon warganegara Malaysia, lahir dan menetap di Wilayah Persekutuan (KL / Putrajaya / Labuan) serta ibu/bapa merupakan pengundi di Wilayah Persekutuan.

Pendapatan perkapita keluarga tidak melebihi RM1,000.00 sebulan.

Berikut adalah kaedah pengiraan pendapatan perkapita keluarga :

Pendapatan kasar ketua keluarga + pasangan + isi rumah yang bekerja (termasuk elaun tetap) Tidak melebihi RM1,000.00 = Bilangan tanggungan termasuk ketua keluarga dan pasangan

ARAHAN

Pastikan Borang Permohonan diisi dengan lengkap dan semua maklumat hendaklah ditulis dengan pen dalam HURUF BESAR.

Sila lampirkan salinan dokumen-dokumen berikut yang telah disahkan oleh Pegawai Kerajaan Kumpulan A atau setaraf dengan cop rasmi sebagai tanda benar:-

  • Surat Beranak.
  • Kad pengenalan pemohon, ibu, bapa / penjaga dan isi rumah yang lain.
  • Penyata gaji / slip pencen terbaru ibu bapa / penjaga serta surat akuan bersumpah kepada yang bekerja sendiri / tidak bekerja.
  • Keputusan Peperiksaan UPSR.
  • Gambar terbaru pemohon berukuran passport.
  • Dokumen tambahan sekiranya ibu bapa bercerai, meninggal dunia, OKU atau pesakit kronik.
  • Dokumen pemakluman sekiranya keluarga pemohon penerima bantuan Baitulmal MAIWP, Jabatan Kebajikan Masyarakat, PERKESO atau lain-lain bantuan.

PERINGATAN

Permohonan yang berjaya sahaja yang akan dihubungi. Permohonan ini akan ditolak sekiranya didapati mana-mana bahagian yang diberi tidak lengkap dan tidak benar.

INFO LANJUT KLIK SINI

MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN KLIK SINI

Advertisement



(Visited 1,627 times, 1 visits today)

Leave a Comment